web-hosting-di-malaysia-1


Web Hosting Definisi - Dalam artikel blog kali ni kami akan menerangkan dengan lebih mendalam definisi web hosting dalam bahasa yang lebih mudah di fahami serta kurang teknikal. Kalau ada perkataan yang melibatkan hal-hal teknikal kami akan terangkan juga supaya anda senang faham.

Tujuan kami membina blog web hosting ini adalah untuk mendidik pengguna internet berbahasa Melayu yang mahu ingin tahu lebih lanjut mengenai web hosting. Anda yang mencari-cari pakej web hosting yang terbaik dengan harga berpatutan tapi masih tidak tahu, masih kabur juga masih tidak faham tentang hal-hal asas berkaitan web hosting.

Orang yang terlibat di sebalik blog Web Hosting Malaysia ini sudah bekerja dalam industri internet sejak tahun 2007 dan bekerja  sebagai Webmaster atau Pentadbir Laman Web secara sepenuh masa (full time) sejak Mac 2007 lagi. Sekarang pada ketika artikel ini di tulis kita sudah berada di bulan November 2021. Dah 13 tahun penulis blog terlibat dalam industri internet dan industri content creation secara professional.

Untuk menjadi seorang Webmaster seseorang perlu amat mahir dalam HTML dan CSS juga perlu mahir dalam hal-hal teknikal berkaitan web hosting terutama Cpanel, setup Wordpress, pembinaan laman web, user experience. 

Selain itu seorang Webmaster juga perlu mahir menulis artikel dan dalam masa yang sama wajib kuasai kemahiran-kemahiran lain yang berkait rapat dengan kerjaya sebagai Webmaster iaitu rekaan grafik, pengeditan video, fotografi dan optimasi enjin carian.

Pemahaman Asas Web Hosting

Untuk memahami secara asas apa itu web hosting, sebenarnya web hosting ni samalah macam tapak rumah atau tapak kedai. Orang-orang yang mahu menggunakan web hosting biasanya adalah orang-orang yang mahu mendirikan laman web masing-masing juga yang mahu membina blog masing-masing untuk perniagaan internet.

Pendek kata, web hosting adalah untuk menempatkan website atau blog supaya website/blog tu boleh di buka secara umum di internet dari mana-mana sahaja bila-bila masa.

Asal anda mahu berniaga di internet wajib ada website ataupun blog. Untuk nak ada website dan untuk nak ada blog perlukan kena ada web hosting. Samalah macam anda mahu buka kedai. Apabila dah ada kedai sesiapa pun boleh nampak kedai anda. Sesiapapun boleh masuk ke kedai anda untuk tengok-tengok apa yang ada dalam kedai anda.

Nak buka kedai atau nak bina rumah sendiri kena ada tapaknya dulu, kan? Sekarang di tahun 2021 ramai orang yang lebih suka buka kedai online ataupun berniaga online hanya dari rumah. Tapi untuk berniaga online dari rumah anda perlu sediakan sediakan ruang untuk anda lakukan kerja-kerja perniagaan online anda, kan? 


web-hosting-malaysia-1


Terma web hosting itu sendiri terdiri dari dua perkataan iaitu "web" dan "hosting". Web di sini merujuk kepada world wide web yakni internet itu sendiri sebagai medium komunikasi, medium untuk memaparkan maklumat, medium untuk pembelajaran juga medium untuk perniagaan online. 

"Hosting" adalah perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud perumah - yakni tempat sesuatu itu tinggalkan atau tempat sesuatu itu di letakkan di situ. Kata dasarnya adalah "host" iaitu kata kerja (verb) membawa maksud tempat tinggal.

Mudah saja nak faham mengenai web hosting ini. Ia adalah tapak untuk laman web juga tapak untuk blog. Macamnak bina rumah dari kosong di atas tapak tanah milik anda sendiri.

Laman-laman online shopping di Malaysia seperti Shopee atau Lazada tidak di bina begitu saja. Sebelum Shopee atau Lazada tu wujud website Shopee perlu di dirikan di sesebuah web hosting terlebih dahulu. Macam buat rumah juga.

Sebelum buat rumah kena pilih di mana kawasan tapak rumah. Kemudian tetapkan berapa luas kawasan yang nak di guna sebagai tapak rumah. Bila dah di tetapkan berapa luas kawasan tapak yang nak di pakai sebagai tapak seterusnya adalah membina tiang.

Dalam web hosting untuk membina sesebuah laman web atau sesebuah laman blog perlulah juga dapatkan asas-asasnya dahulu. Ini samalah macam nak bina tiang untuk rumah.

Dalam proses nak bina website terlebih dahulu kena dapatkan web hosting. Macam mana nak dapatkan web hosting di Malaysia? Senang saja. Dapatkan saja dari syarikat-syarikay penyedia web hosting yang ada menyenaraikan nama syarikat masing-masing di ruang internet.

Setiap syarikat penyedia web hosting di Malaysia mempunyai senarai pakej masing-masing, Pakej-pakej web hosting yang di sediakan oleh syarikat-syarikat web hosting di Malaysia ni berbeza antara satu sama lain. Tidak ada yang sama walau nampak serupa.

Syarikat web hosting di Malaysia adalah syarikat-syarikat teknologi tempatan yang mengkhusus kepada perkhidmatan web hosting. Syarikat web hosting ni ibarat seorang tuan tanah yang mempunyai tanah yang amat luas. Tanah tu pula tersedia untuk di sewa oleh sesiapa sahaja bermula dari kosong.

Kat tanah tu sesiapa sahaja boleh bina kedai masing-masing atau rumah masing-masing. Untuk nak bina kedai nak untuk nak bina rumah atas tanah tu perlulah menyewa atau membeli sebahagian dari tapak tanah tu berdasarkan bajet juga berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.

Kalau ada banyak duit bolehlah sewa tapak tanah yang luas dan besar. Kalau bajet cuma sederhana atau sedikit bolehlah sewa ruang tapak tanah yang kecil ataupun sederhana sekadar untuk memulakan perniagaan dengan membina kedai.

Haaa macam tu lah contohnya nak memahami konsep penggunaan web hosting. Syarikat-syarikat penyedia web hosting di Malaysia ni samalah macam tuan tanah yang mempunyai sebidang tanah yang besar yang bertujuan untuk di sewakan. Tanah tu pula di bahagi-bahagi kepada lot-lot yang mempunyai keluasan tersendiri.

Macam tu jugalah web hosting di Malaysia.

Jadi jika anda sedang mencari-cari web hosting untuk laman web anda ataupun untuk blog anda sama ada untuk kegunaan bisnes online ataupun untuk kegunaan membina blog peribadi caranya perlulah 'sewa' tapak web hosting terlebih dahulu.

Web hosting ni pun samalah macam sebuah bagunan kedai baharu yang masing kosong yang baru sahaja siap. Bangunan dah siap. Tinggal tunggu oranak nak menyewa lagi. Haa macam tu lah tamsilannya web hosting di Malaysia ni.

Syarikat-syarikat penyedia web hosting di Malaysia membuka perkhidmatan web hosting untuk membolehkan ruang web hosting tu di sewa mengikut kadar tahunan dan kadar bulanan. 

Maknanya ada orang boleh sewa web hosting mengikut bayaran bulanan. Ada juga yang boleh menyewa web hosting mengikut kadar tahunan. Jumlah bayaran bulanan dan jumlah bayaran tahunan sudah tertentu berbeza. Tidak sama.

Web hosting terletak di dalam server. Nak mudah nak faham server ni apa ia samalah macam hard disc dalam sebuah komputer. Kalau kita guna komputer segala fail, gambar, lagu, video semua kita simpan dalam hard disc dalam komputer tu.

Bezanya apabila guna web hosting, anda sedang gunakan 'hard disc' di satu tempat lain yang bersambung ke komputer anda melalui internet. Anda boleh akses kandungan dalam 'hard disc' tersebut. WEbsite anda dan blog anda kesemuanya tersimpan di situ. 

Ruang itulah yang dipanggil sebagai web hosting - yang mana menjadi ruang anda simpan website untuk tempoh tertentu untuk membolehkan website atau blog anda itu di buka oleh ramai pengguna internet.

Sejarah Penggunaan Web Hosting

Untuk memahami macam mana web hosting ni mula di gunakan jom kita flashback ke zaman awal 90-an. Penggunaan web hosting di mulakan di era "dot com bubble" sekitar 1998-1999 kala internet mulai di gunakan oleh ramai orang. Pada masa itu nak buka internet hanya boleh dari komputer desktop pc sahaja. Kalau yang ada laptop ataupun komputer riba bolehkan buka internet dari komputer riba.

Pada masa tu sekitar tahun 1998-1999 kalau di Malaysia ni nak buka internet kena pakai sistem dial-up terlebih dahulu. Untuk nak aktifikan internet di pejabat, di rumah atau di cyber cafe kenalalah dial-up dulu barulah internet ada. Pastu barulah boleh buka di desktop pc ataupun di laptop.

Pada masa tu harga desktop pc juga masih mahal. Sekitar RM1999-RM2200 seunit untuk unit desktop pc yang paling basic. Yang banyak di gunakan oleh student universiti. Masa untuk laptop masih mahal. Sekitar RM2500 ke atas.

Sesiapa yang ada guna laptop masa tu memang di kira kayalah. Sebab laptop ni adalah sesuatu yang rare pada masa tu di sebabkan harganya yang tinggi. Student yang guna laptop biasanya anak orang berada sahaja.

Sejarah web hosting bermula dengan pengenalan laman web GeoCities sekitar tahun 1994 di kawasan Amerika. Pada masa ni saya baru di Tingkatan 2 di sekolah menengah di Malaysia. Portal GeoCities di cipta oleh dua lelaki iaitu David Bohnett dan John Rezner.

Ketika mula-mula mencipta portal tersebut mereka menamakannya Beverly Hills Internet. Mereka tukarkan nama tu menjadi GeoCities. Tujuannya adalah membina sebuah portal menjadi sebuah direktori juga portal internet yang dipenuhi dengan limpahan maklumat sebagai rujukan, hiburan juga untuk berkongsi perkara-perkara menarik.

Sekitar tahun 1994 apabila GeoCities di perkenalkan mana-mana pengguna internet yang menggunakan GeoCities boleh upload webpage juga website masing-masing ke laman GeoCities. Pendaftaran juga adalah percuma.

Pada masa tu GeoCities bertindak menjadi seperti 'tuan tanah'. Ketika itu GeoCities membuka beberapa topik berkaitan dengan minat dan hobi seperti memancing, kereta, lukisan, buku dan penambah baikan rumah. Hal ini membolehkan sesiapa sahaja memuat naik laman web mereka sendiri ke GeoCities asal berkaitan dengan topik yang diberikan.

Tujuan utama GeoCities berbuat begini adalah mewujudkan satu portal penuh dengan pelbagai maklumat menarik. Setiap "city" yang ada di GeoCities di namakan mengikut kecendurngan "city" tersebut. 

Sebagai contoh "Silicon Valley CIty" merupakan bahagian yang menempatkan laman-laman web berkaitan perkomputeran dan perkembangan teknologi. Kesemua kandungan laman-laman web yang ada di sini di hasilkan sendiri oleh pengguna (user generated) kemudian di upload ke GeoCities untuk perkongsian umum.

Begitu juga dengan "Hollywood" iaitu city (bandar) untuk menempatkan laman-laman web hiburan yang apa yang saja yang berkaitan dengan pelakon-pelakon terkenal pada masa tu.

Pengguna internet yang sign up menjadi pengguna Geo Cities boleh memiliki ruang web hosting dengan membayar untuk mendapat ruang dalam Geo Cities (yakni ruang web hosting) untuk menempatkan laman-lamab web mereka.

GeoCities mula popular sebagai platform untuk sesiapa sahaja yang mahu memiliki website sendiri. Apabila sudah mendaftar jadi ahli GeoCities juga pengguna GeoCities anda akan mendapat satu ruang web hosting untuk anda sendiri memuatnaik apa sahaja kandungan digital yang anda nak masukkan.

Selepas itu anda akan memiliki sebuah alamat url milik anda sendiri di GeoCities contohnya "www.geocities.com/SiliconValley/number". Dalam URL ini "Silicon Valley" tu adalah kategori manakala "number" merupakan nombor kepada laman web milik anda. Jadi sebagai contoh nama anda "Ahmad" jika anda memiliki laman web di GeoCities di ruang berkaitan komputer dan internet anda akan memiliki URL di GeoCities seperti ini -> www.geocities.com/SiliconValley/Ahmad001

GeoCities menjadi semakin popular di kalangan pengguna internet. Dek kerana populariti GeoCities pihak Yahoo telah bertindak membeli GeoCities pada 28 Januari 1999 dengan harga $3.57 billon Dolar Amerika dalam bentuk pegangan stok. Pada ketika itu GeoCities merupakan portal online ke-3 paling ramai pengunjung. Kira famous juga ni Yahoo GeoCities. Masa tu Google belum popular lagi tak macam sekarang.

Apabila sudah di beli oleh Yahoo pihak Yahoo menjenamakan semula GeoCities menjadi Yahoo! GeoCities. Kalau nak buka apa-apa website sendiri di Yahoo GeoCities anda kena daftar pakai email Yahoo (sekarang di kenali sebagai Yahoo ID). Namun sayangnya pihak Yahoo telah menutup GeoCities pada 26 Oktober 2009 disebabkan oleh tidak mendapat sambutan selain kos maintenance laman-laman web Yahoo! GeoCities yang semakin meningkat.

GeoCities tetap akan dikenang sebagai penyedia web hosting paling popular di dunia juga yang paling terawal di dunia.

Web Hosting Akan Terus Digunakan

Secara kesimpulannya kami percaya web hosting juga perkhidmatan web hosting di Malaysia akan terus di gunakan di masa akan datang. Sekarang ini hampir setiap orang dah boleh buka website sendiri. Dah boleh buka blog sendiri walau tidak seberapa pandai komputer.

Ini kerana sesiapa sahajapun sudah boleh membina website sendiri atau membina blog sendiri hanya dari handphone masing-masing. Hari ini kebanyakan orang guna smartphone yang memiliki sambungan data internet. Walau hanya dari rumah sesiapapun boleh bina laman web santai-santai dengan smartphone sahaja.

Web hosting akan tetap di gunakan sampai bila-bila kerana setiap website, setiap blog juga setiap aplikasi mudah alih perlu web hosting untuk menjadi 'rumah'. Bila sudah ada 'rumah' mudahlah untuk sesiapa sahaja masuk ke website tu, ke blog atau buka aplikasi mudah alih tersebut.